Tags:
create new tag
view all tags
Mail disabled on twiki.org  
Phone disabled on twiki.org  

Siti NurLaily likes the TWiki Enterprise Collaboration Platform

Info:
Organization: adtec
URL:  
City: Batu Pahat
Country: Malaysia
Agree to Code
of Conduct
:
yes
Hear from: lecturer
Watchlist Changes of Siti:
Info None (empty watchlist)
Arrow right More watchlist details
Tag Cloud of Siti:
Unrecognized action

Mencari Kebahagiaan

Definisi kebahagiaan

Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.

Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.

Fakta Kebahagiaan

Kebahagiaan tidak pernah dan tidak akan kekal abadi kerana dalam kenyataan hidup, adalah mustahil sama sekali bagi sesiapa untuk memperoleh dan menikmati apa yang dia hajati dan ingini. Apatah lagi manusia sendiri tidak faham dan tidak tahu hati nuraninya, keinginan, dan hawa nafsunya. Tambahan pula, keinginan dan hawa nafsu manusia sentiasa berubah-ubah, malahan bertentangan sesama diri. Semakin seseorang tidak berasa bahagia, semakin kuat pula perasaan kecewa, sedih, dan tidak puas hati menekan dirinya. Perasaan kecewa, sedih, dan tidak puas hati akan mendorong manusia memperjuang dan menggila-gilakan kebahagiaan. Akibatnya, mereka akan terpinga-pinga dalam mencari-cari kebahagiaan, dan mengorak langkah baru demi mencapainya. Umpamanya, dalam cita-cita menikmati kebahagian berkat dari wang, seorang pemuda sanggup menyamun atau membunuh, dan seorang wanita mungkin sanggup menjual kehormatannya.

Memang benar, manusia mengalami kekecewaan, ketegangan hidup, serta ketidakpuasan jauh lebih kerap dan banyak daripada menikmati kebahagiaan dan kepuasan. Tetapi kalau kita sedar bahawa kebahagiaan terletak pada hidup, dan hidup itu ialah kebahagiaan, maka sudah tentu kita akan berasa bahagia selama-lamanya. Kebahagiaan tetap dapat dicari, dialami dan dirasai, jika kita berpuas hati dengan keadaan hidup yang berada pada kita itu. Tegasnya, kita akan hidup penuh bahagia sekiranya kita berpuas hati dengan status quo kita, sambil itu berikhtiar memperbaiki status quo kita tanpa menjejaskan kepentingan dan kebahagiaan orang lain. Perbuatan memperolehi kebahagiaan dengan mengakibatkan kerugian atau kesengsaraan pada orang lain tetap akan dikutuki oleh masyarakat.

5 Ciri Kebahagiaan Dunia

  • Pertama, Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur.
  • Kedua. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang sholeh
  • Ketiga, al auladun abrar, iaitu anak yang soleh.
  • Keempat, Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama.
  • Kelima, iaitu umur yang baroqah.

  • Orang yang bahagia bukanlah yang selalu mendapatkan kesenangan dan orang yang celaka bukanlah yang selalu dirundung duka akan tetapi orang yang berbahagia adalah orang yang mampu menyikapi baik kesenangan dan duka ikhlas menerimanya dengan baik sangka terhadap ALLAH:
    3-kunci-hidup.jpg
Topic attachments
I Attachment History Action Size Date Who Comment
JPEGjpg 3-kunci-hidup.jpg r1 manage 220.0 K 2013-07-27 - 05:22 UnknownUser Orang yang bahagia bukanlah yang selalu mendapatkan kesenangan dan orang yang celaka bukanlah yang selalu dirundung duka akan tetapi orang yang berbahagia adalah orang yang mampu menyikapi baik kesenangan dan duka ikhlas menerimanya dengan baik sangka terhadap ALLAH
Edit | Attach | Watch | Print version | History: r3 < r2 < r1 | Backlinks | Raw View | Raw edit | More topic actions
Topic revision: r3 - 2014-06-14 - PeterThoeny
 
  • Learn about TWiki  
  • Download TWiki
This site is powered by the TWiki collaboration platform Powered by Perl Hosted by OICcam.com Ideas, requests, problems regarding TWiki? Send feedback. Ask community in the support forum.
Copyright © 1999-2024 by the contributing authors. All material on this collaboration platform is the property of the contributing authors.